Perlukah pembantu rumah?
Masyarakat 3 Comments »Heboh dalam media melaporkan mulai hari ini, kerajaan Indonesia mengarahkan pemberhentian penghantaran rakyatnya sebagai pembantu rumah ke Malaysia. Ini ekoran kononnya ramai warga mereka yang bekerja di sini menerima layanan buruk.
Kerajaan dan rakyat Indonesia ni memang emosional. Dia fikir kesan negatif ke atas rakyatnya sahaja. Bagaimana pula dengan kesusahan dan ketidakselesaan kita rakyat Malaysia akibat perlakuan negatif rakyat mereka?
Saya tak tahulah bagaimana reaksi anda… tetapi saya menerima berita ini dengan penuh syukur! Eloklah tu…jangan hantar lagi warga kamu ke sini. Sekarang ni pun dah terlalu ramai! Angka rasmi rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia ialah sekitar 1.5 juta orang. Itu yang sah dengan permit kerjanya. Yang haram?
Rasanya rakyat Indonesia yang ada di negara kita berjumlah lebih daripada 5 juta orang. Apa tidaknya, pergilah ke merata ceruk negara kita ni… pasti berjumpa dengan mereka. Saya mengembara ke hampir seluruh semenanjung sejak beberapa minggu lepas atas urusan bisnes, tak dinafikan kelibat warga Indonesia ada sahaja melintas di depan mata saya. Warga negara lain jangan cakaplah… Bangladesh, Myanmar, Vietnam, etc. Kat Sungai Petani pun saya terjumpa mamat Afrika!
Apapun saya tak salahkan mereka 100% kerana datang ke sini untuk cari rezeki. Kalau tiada permintaan, masakan mereka datang ke sini? Silapnya orang kita juga yang terlalu bergantung kepada warga Indon ini terutamanya sebagai pembantu rumah. Soalnya,perlu sangatkah ada pembantu rumah ni?
Saya sejak dahulu menentang idea mempunyai pembantu rumah. Maksud saya… saya tidak selesa jika ada orang lain yg tiada ikatan dan tali persaudaraan tinggal sebumbung dengan keluarga saya. Rasa tak selamat, was-was dan bimbang keselamatan tak dapat dibayangkan.
Cukuplah pengalaman buruk yang pernah dihadapi oleh saudara dan jiran-jiran saya sendiri. Tak perlulah saya ceritakan di sini… anda pun tentu maklum. Macam-macam hal dan cerita berkenaan pembantu rumah warga Indonesia ini. Yang hairannya, tak serik-serik pula mereka cari pembantu rumah yang baru!
Anak saya 4 orang… lasak-lasak semuanya. Kami suami isteri juga sibuk dengan tugas. Namun alhamdulillah semua kerja-kerja dan urusan rumahtangga kami uruskan sendiri. Okey je?
Nak bermain dengan anak-anak taklah segan. Nak ‘bergurau senda’ dengan isteri tak perlu sembunyi-sembunyi sebab tiada orang’asing’ dalam rumah kami. Nak pergi bercuti, tak perlu bawa pembantu… tak perlu sewa bilik tambahan. Nak ditinggalkan di rumah, hati tak senang… ntah apalah dia buat kat rumah kita tu. Akhirnya, nak bercuti pun tak senang hati!
Ada jiran saya ni… dia MC kerana tak sihat. Doktor suruh balik rumah dan tidur. Disebabkan rasa tak selesa tinggal berdua aje dgn pembantunya… dia minta tumpang berehat di rumah saya, takut fitnah katanya. Padahal bukan saya tak tahu isterinya cemburu, haha! Kan susah tu!
Rasanya dah sampai masa kita kena berubah dengan gunakan khidmat pembantu rumah tempatan. Tapi kenalah bersedia dengan kadar upah yang bersesuaian dengan kadar upah rakyat Malaysia. Inipun peluang bisnes juga ni!
Apa pandangan anda?







Recent Comments